Jumaat, 24 Februari 2012

Minggu Yang Sibuk

Dah lama rasanya x upload gambar2 terkini..alhamdulilah rezeki saya x putus. 
 Terima kasih pada rakan2 yang sentiasa beri sokongan.


Tart Fruit


TQ kepada yg order

Cheese Tart Filling Blueberry, Kiwi, Manggo


Najwa repeat order..tqsm


lagi


lagi..


Demam Pavlova De Lova




tqsm to all of you...

Alhamdulillah..tq Allah



Rabu, 15 Februari 2012

ZaiManis Delights Kebanggaanku...

Selepas setahun lebih saya berjinak2 dengan bakery ini, suka duka pahit manis semua telah saya lalui akhirnya hari ini tertubuhlah ZaiManis Delights. Mungkin sudah sampai masanya saya daftarkan bisnes saya ini. 
Saya ingin pergi jauh dan jauh lagi...(keluar dari kepompong sekarang ini..). Kalau orang lain boleh berjaya, saya pun sudah semestinya berperasaan sama.  Saya mesti kaya dan berjaya. Itulah kata2 hikmat yang Dato' Azizan Osman katakan dan ayat itu yang  akan terus berada diingatan saya. Insyaallah. Semoga Allah akan sentiasa bersama saya dan mempermudahkan semua urusan saya.
Saya sendiri pun tak menyangka saya sudah sampai ke tahap ini. Inilah dunia saya sekarang.  Ini semua takkan saya kecapi tanpa sokongan orang2 yang berada disekeliling saya. 
Terima kasih yang tak terhingga kepada my beloved Hafiz yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan wp kadang2 dia seperti terbiar lalu time oder saya banyak.(tak la terlalu sangat..).  Juga kepada keluarga, kawan2 terdekat dan juga customer2 saya yang terus memberikan sokongan.  
Semoga kamu semua diberikan rezeki yang berlipat ganda.
Dengan tertubuhnya Zaimanis Delights saya dah tak boleh menoleh ke belakang lagi.  Saya perlu mencari ruang dan perlu bekerja keras agar ianya bukan sekadar menjadi gajah putih. Doakan la untuk saya yer kawan2.  Amin.

Luv U All...

Khamis, 9 Februari 2012

Februari Muncul Kembali

Tetiba teringat lagu Alleycats kan..Alhamdulilah..syukur kerana diberikan rezeki yang berpanjangan.
Mgu ni start cuti panjang. Saya ada terima berbagai oder dr rakan2 terdekat.  Time kasih la kawan2 yg terus menyokong kerjaya baru saya ni.. Semoga kamu semua diberikan rezeki yang berlipat ganda dariNya.