Isnin, 28 November 2011

Chocolate Cake Moist

KEK COKLAT MOIST



harga : RM 12.00

berat : 450 gm




KEK COKLAT MOIST

Berat : 1.5kg - 2 kg

harga : RM 45 - RM 55

( harga di atas adalah harga asas , harga sebenar bergantung pada hiasan & berat kek )

Apam Dot Dot

Minima Order
- 50 biji
- RM 15.00
( filling blueberry / stawberry)

 

Rabu, 23 November 2011

Kebaikan Coklat

Sebut sahaja pasal coklat, sudah ramai yang beranggapan ia adalah gizi yang tidak sihat dan menggemukkan.Tanpa anda sedari, fakta itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, coklat juga mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Malah, dalam menu diet, ia turut di sarankan sebagai salah satu makanan yang baik. Sebelum ini, kita mendengar banyak fakta tentang coklat yang berbaur negatif. Oleh itu, marilah kita ubah persepsi tentang coklat.
Antara perkara karut yang paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutamanya di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lamajelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zink dan banyak iodin, punca utama mengapa jerawat tumbuh. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semulajadi. Jika pengaliranya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena mengena dalam pengurusan jerawat.



Coklat tidak menggemukkan. Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangan orang gemuk kian ramai. Makan sederhana termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik yang boleh menasihati mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukka. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah makanan yang dimakan.


Penghidap diabetes boleh makan coklat. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberiakan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika Dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak boleh diterima.Justeru, penghidap diabetis boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasiahat pakar pemakanan.


Coklat tidak sebabkan sakit jantung. Dalam kes sakit jantung, coklat juga yang dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah



Sumber : sharifahelzahra.tripod.com

So lepas ni x payah la risau2 nk makan coklat yer..hehe...


Selasa, 22 November 2011

New Family in ZaiManis

Assalamualaikum ...

Opsss..coklat la pulak...aduhai..saya ni memang penggemar coklat..pantang nampak di kedai2 ataupun supermarket mesti nak membeli..sebab tu la badan saya ni pun dh menggebu2 naiknya..Tak pe la spi masa nanti saya mesti kena diet gak..sekrg ni tgh beronok-ronok (ada ker perkataan tu) nk buat coklat..Maklum lah ilmu yg baru dapat tu kena praktikkan..Klu x nanti lupa..Mak ni dah la pelupa..:o)

Insyallah..dalam masa terdekat ni coklat2 ni akan berada di Family ZaiManis.


Sesiapa  yang berminat boleh la membuat tempahan ye.

ZaiManis pasti akan tunaikan permintaan itu..

Insyaallah....

Selasa, 15 November 2011

Adegan Yang Tak Ingin Saya Lihat

Assalamualaikum dan selamat pagi.



Seawal jam 4 pagi saya dh bangun sebab saya kena siapkan oder kek coklat untuk Akma hari ini. Entah kenapa hari ni 2 biji kek coklat saya tidak menjadi. Menggunakan bahan yang sama kaedah yang sama tetapi hasilnya mengeciwakan saya...Ini lah adegan yang tak ingin saya lihat setiap kali membuat kek. Yang 1st kek jadi macam lembap sangat dan teksturnya juga tidak menepati apa yang saya inginkan.



Tanpa berlengah saya buat kek yang ke 2 pula..dh hampir masak atasnya pulak merekah..aduhaii...badi apakah yang dh singgah kat diri saya hari ini..kenapa kek saya ni tidak menjadi pula hari ini. Hati ni mula la dh berprasangka yang tidak2..



Subhanaullah..Mudah saya cepat sedar..



Ya Allah jauhkan la hati ini dari mempunyai sifat mazmumah spt itu..



Saya pun beristiqamah sebentar..mencari dimana silapnya. Setelah saya kaji & selidik dr berbagai sumber inilah kesimpulan yang saya dapat.





Mungkin ini lah penyebab kenapa kek saya tidak menjadi..





1. MENGAPA KEK LEMBAB DI TENGAH SEMACAM TIDAK CUKUP MASAK?

Jawapan:
Mungkin suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek. Kek yg lembab di tengah menunjukkan sukatan mentega terlampau banyak atau anda telah membiarkan mentega terlalu lama di luar (ia menjadi cair sedikit).
Tambah 3-4 camca bsr tepung naik sendiri, insyaAllah kek akan kembang elok. Jika permukaan kek menjadi keperangan terlalu cepat, tutup longgar dengan kertas timah (aluminium foil) sehingga kek masak. Pastikan guna api atas dan bawah hanya jika anda memasang “kipas” pada dinding belakang oven. Jika tiada kipas, memadai menggunakan api bawah saja, suhu 190 C.

2. KENAPA KEK SAYA NAIK DAN KEMUDIAN TENGGELAM?

Jawapan:
Mungkin disebabkan:
(1) suhu ketuhar terlalu tinggi
(2) gula dan mentega tidak cukup gebu
(3) kek belum cukup masak/masa membakar terlalu pendek
(4) kedudukan rak iaitu sebaik-baiknya, tin kek di bahagian tengah ketuhar
(5) terlebih penggunaan serbuk penaik

3. KEK MEREKAH DI BAHAGIAN ATAS

Jawapan:
Mungkin oven anda ada elemen pemanas di sebelah atas, itulah sebabnya ia mudah hangus. Sudah berapa lama anda gunakan oven itu? Mungkin suhunya tidak begitu tepat lagi. Cuba kurangkan ke 170 C dan lihat hasilnya. Untuk mengelak bahagian atas hangus, tutup longgar dengan foil setelah 20 min kek dimasukkan ke dalam oven. (Letak
foil atas tin, tak perlu mengemaskan bahagian tepinya).

4. KEK SERING HANGUS DI BHG TEPI & TENGAH BELUM MASAK

Jawapan:
Adakah anda menggunakan bekas empat segi atau bulat? Jika dalam bekas empat segi, anda perlu membungkus keempat-empat penjuru bekas dengan kepingan kecil aluminium foil (bungkus kemas, bahagian berkilat di sebelah dalam). Ini akan menghalang penjuru kek dari hangus. Seelok-eloknya, gunakan acuan yg besar supaya kek cepat masak dan
kek itu seharusnya setebal kira-kira 5-6 cm sahaja. Cuba dengan suhu 170 C, okey?
. Kerap kali terjadi apabila saya membakar kek coklat, pada awal pembakaran kek naik tinggi tetapi apabila sudah masak kek akan turun menjunam dan permukaan atasnya akan
kelihatan hodoh. kenapa?

5. KEK JATUH MERUDUM HEHE...



Jawapan:
Banyak faktor yang menyebabkan kek ‘jatuh’. Contohnya, kekurangan tepung, terlebih gula atau suhu ketuhar terlalu tinggi. Suhu tinggi juga membuat permukaan kek tidak rata. Jika kandungan serbuk penaik agak berlebihan, kek memang akan kembang semasa panas tetapi mengecut bila mulai sejuk. Saya tidak pasti sama ada kek coklat yang puan buat, gunakan air/susu kerana melalui pengalaman saya, permukaan kek jenis ini selalunya memang tidak rata. Ia ada kena mengena dengan kelembapan kandungan kek tersebut. Jika permukaannya tidak cantik dan hendak menghiasnya, potong bahagian yang tidak cantik itu (ratakan permukaan) dan terbalikkan kek. Lazimnya, ia akan dihias di
bahagian bawahnya yang lebih rata.



Semoga kita sama-sama mendapat tips dan menafaat dari sumber tersebut.


Harap2 lepas ni kek saya akan tidak akan merajuk lagi dan naik cantik segebu saya :o)...


Insyaallah..Amin






Khamis, 10 November 2011

Oreo Muffin

Pertama kali membuat muffin bersama Pn Eina ..

Terimakasih Eina krn sudi share ilmu..







cantik je kejadiannya..

Choc Moist Cake

Birthday Cake For My Boss on 14 September 2011




Tart Telur



1 pcs = RM1.20

1 pcs = RM1.50
1 pcs RM2.00
Jika pembelian melebihi 50 pcs boleh mendapat harga RUNTUH..

itu janji ZaiManis

Salam Jempol :o)

Marble Cheese Cake

Muffin

Muffin Door Gift

Size Medium

Lain-Lain Size

\






  


Pandan Muffin

Oreo Muffin


Blueberry Muffin


Chocolate Muffin 

HARGA AKAN DIUPDATE DARI SEMASA KE SEMASA 
(mengikut harga bahan mentah dipasaran)




MUFFIN.... 
PERASA : vanilla, coklat, strawberry, pandan, oreo
 1000 pcs 80sen 
500 keatas RM1 
500 kebawah RM1.10

kalau add coklat chip/oreo/filling (blueberry,oren,strawberry)
tambah 10 SEN SAHAJA

minimum order 30pcs

DOORGIFT MUFFIN 
** add 10sen/pcs untuk plastick wrapping
  
** add 30sen/pcs untuk plastick container

plastick packaging (below)

MINI MUFFIN (100pcs)  
PLAIN ~ RM30
MINI MUFFIN COKLAT CHIP ~ RM35
MINI MUFFIN BLUEBERRY  ~ RM35
MINI MUFFIN ORANGE ~ RM35
MINI MUFFIN STRAWBERRY ~ RM 35

perkara yang anda mesti tahu tentang muffin di 
ZAIMANIS DELIGHTS
1. SAIZ MUFFIN

  • MINI, MEDIUM dan LARGE, PAPERCUP untuk doorgift
2. MUFFIN BOLEH TAHAN BERAPA LAMA..?

  • dari segi ketahanannya, muffin lebih tahan lasak daripada cupcake, ianya tahan disimpan dalam bekas kedap udara antara 4-5 hari, bergantung kepada cara penyimpanan. lebih tahan lama jika disimpan didalam peti sejuk... bila nak makan boleh dipanaskan didalam ketuhar gelombang, microwave ler...
  • muffin yang disediakan adalah dari adunan/bahan2 yang halal dan mudah didapati disemua kedai.
 3. ADA BERAPA BANYAK FLAVOUR MUFFIN...?

  • PERASA : vanilla, coklat, strawberry, blueberry, pandan,oreo
  • boleh tambah filling (blueberry, blueberry, manggo, strawberry) atau coklat chip
4. ADA KHIDMAT DELIVERY...? 
Ya sudah semestinya.  Kami ada menyediakan perkhidmatan delivery. Kos delivery bergantung kepada lokasi anda. 
5. BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN...?

  • melalui telefon, sms 019-7188063/019-7773123
  • email zest139@yahoo.com
  • facebook zaiseran


Perisa : Muffin Mable , Pandan , Coklat Chip  

minama oder : 25 biji 
  
Doorgift
A : dalam bekas container mini siap isi - RM 0.80
(dalam bekas container mini siap isi & riben -RM 1.10)

B : dalam plastic wrap siap isi & bunga sekuntum - RM 0.80

C : dalam plastic wrap siap 2 biji muffin - RM 1.40

D : dalam bekas container siap isi & riben - RM 1.20

( Design / hiasan / perisa boleh request )
( Perisa : muffin marble , Pandan , Coklat chip )
( oder 100 ke atas di beri diskaun )

Kronologi Saya Pandai Buat Tart




Yg bertudung kelabu tu la sifu saya..Time ksh x terhingga utk k.liza.


Tgk tu..pertama kali belajar piping filling..menggigil2 oden ni...



Setelah siap..

bangga ni dh pandai buat..

tart buah x dpt nk upload sbb time tu bateri kamera dh kong..

so pas ni saya dh x payah la lg nk beli kuih peberet saya ni kan ..

semuanya sekrg dihujung jari saya snd hehe..