Selasa, 15 November 2011

Adegan Yang Tak Ingin Saya Lihat

Assalamualaikum dan selamat pagi.



Seawal jam 4 pagi saya dh bangun sebab saya kena siapkan oder kek coklat untuk Akma hari ini. Entah kenapa hari ni 2 biji kek coklat saya tidak menjadi. Menggunakan bahan yang sama kaedah yang sama tetapi hasilnya mengeciwakan saya...Ini lah adegan yang tak ingin saya lihat setiap kali membuat kek. Yang 1st kek jadi macam lembap sangat dan teksturnya juga tidak menepati apa yang saya inginkan.



Tanpa berlengah saya buat kek yang ke 2 pula..dh hampir masak atasnya pulak merekah..aduhaii...badi apakah yang dh singgah kat diri saya hari ini..kenapa kek saya ni tidak menjadi pula hari ini. Hati ni mula la dh berprasangka yang tidak2..



Subhanaullah..Mudah saya cepat sedar..



Ya Allah jauhkan la hati ini dari mempunyai sifat mazmumah spt itu..



Saya pun beristiqamah sebentar..mencari dimana silapnya. Setelah saya kaji & selidik dr berbagai sumber inilah kesimpulan yang saya dapat.





Mungkin ini lah penyebab kenapa kek saya tidak menjadi..





1. MENGAPA KEK LEMBAB DI TENGAH SEMACAM TIDAK CUKUP MASAK?

Jawapan:
Mungkin suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek. Kek yg lembab di tengah menunjukkan sukatan mentega terlampau banyak atau anda telah membiarkan mentega terlalu lama di luar (ia menjadi cair sedikit).
Tambah 3-4 camca bsr tepung naik sendiri, insyaAllah kek akan kembang elok. Jika permukaan kek menjadi keperangan terlalu cepat, tutup longgar dengan kertas timah (aluminium foil) sehingga kek masak. Pastikan guna api atas dan bawah hanya jika anda memasang “kipas” pada dinding belakang oven. Jika tiada kipas, memadai menggunakan api bawah saja, suhu 190 C.

2. KENAPA KEK SAYA NAIK DAN KEMUDIAN TENGGELAM?

Jawapan:
Mungkin disebabkan:
(1) suhu ketuhar terlalu tinggi
(2) gula dan mentega tidak cukup gebu
(3) kek belum cukup masak/masa membakar terlalu pendek
(4) kedudukan rak iaitu sebaik-baiknya, tin kek di bahagian tengah ketuhar
(5) terlebih penggunaan serbuk penaik

3. KEK MEREKAH DI BAHAGIAN ATAS

Jawapan:
Mungkin oven anda ada elemen pemanas di sebelah atas, itulah sebabnya ia mudah hangus. Sudah berapa lama anda gunakan oven itu? Mungkin suhunya tidak begitu tepat lagi. Cuba kurangkan ke 170 C dan lihat hasilnya. Untuk mengelak bahagian atas hangus, tutup longgar dengan foil setelah 20 min kek dimasukkan ke dalam oven. (Letak
foil atas tin, tak perlu mengemaskan bahagian tepinya).

4. KEK SERING HANGUS DI BHG TEPI & TENGAH BELUM MASAK

Jawapan:
Adakah anda menggunakan bekas empat segi atau bulat? Jika dalam bekas empat segi, anda perlu membungkus keempat-empat penjuru bekas dengan kepingan kecil aluminium foil (bungkus kemas, bahagian berkilat di sebelah dalam). Ini akan menghalang penjuru kek dari hangus. Seelok-eloknya, gunakan acuan yg besar supaya kek cepat masak dan
kek itu seharusnya setebal kira-kira 5-6 cm sahaja. Cuba dengan suhu 170 C, okey?
. Kerap kali terjadi apabila saya membakar kek coklat, pada awal pembakaran kek naik tinggi tetapi apabila sudah masak kek akan turun menjunam dan permukaan atasnya akan
kelihatan hodoh. kenapa?

5. KEK JATUH MERUDUM HEHE...



Jawapan:
Banyak faktor yang menyebabkan kek ‘jatuh’. Contohnya, kekurangan tepung, terlebih gula atau suhu ketuhar terlalu tinggi. Suhu tinggi juga membuat permukaan kek tidak rata. Jika kandungan serbuk penaik agak berlebihan, kek memang akan kembang semasa panas tetapi mengecut bila mulai sejuk. Saya tidak pasti sama ada kek coklat yang puan buat, gunakan air/susu kerana melalui pengalaman saya, permukaan kek jenis ini selalunya memang tidak rata. Ia ada kena mengena dengan kelembapan kandungan kek tersebut. Jika permukaannya tidak cantik dan hendak menghiasnya, potong bahagian yang tidak cantik itu (ratakan permukaan) dan terbalikkan kek. Lazimnya, ia akan dihias di
bahagian bawahnya yang lebih rata.



Semoga kita sama-sama mendapat tips dan menafaat dari sumber tersebut.


Harap2 lepas ni kek saya akan tidak akan merajuk lagi dan naik cantik segebu saya :o)...


Insyaallah..Amin






1 ulasan:

  1. sya bolh d ktakn dh bnyak2 kli bt kek..ALHAMDULILLAH smuanya jdi..tpi bru2 ni msa nk bt kek beday ank..kek 2 x jdi..kek 2 jdi mcm kuih la plak..smpai try 5 kli tetp x jdi..perasaan msa 2 sdih gila la..asyik duk pikir knapa x jdi ape maslhnya..last try bt skit je tpi tukar tlur,itu pn lepas bt kaji selidk kt intrnt.jdi la plak kek 2..rupanya pnca telur..tpi ni bru lagi bt kek 24/4/2014.x jdi plak lgi..yng ni sya x thu apa pnca dia.nk kta silp oven,oven bru x smpai setahun lgi gna..msa nk bt dh rasa lain mcm..1.tepung naik sndri sya x di ikt ngan kemas,lnggar je ikatn,(biasa sya cmpur ngan tepng biasa masa nk bt kek) 2.marjerin bru yng sya beli lmbik je..(pernah bt kek dngan marjerin mcm 2,jdi je) 3 .mngkin ke ovelet yng sya gna 2?

    BalasPadam